Thursday, October 21, 2010

Kenapa BlackBerry diharamkan??

Posted by Aziatie at 12:57 AM

UAE adalah antara negara yang telah pun mengharamkan Blackberry dan difahamkan India dan Indonesia juga sedang memikirkan untuk mengambil langkah yang sama. Negara-negara lain juga mungkin akan mengikuti langkah ini. Pihak berkuasa telekomunikasi di Arab Saudi akan menggantung perkhidmatan BlackBerry mulai Jumaat ini selepas pengeluar telefon berkenaan gagal memenuhi beberapa syarat dan permintaan kerajaan negara itu. 

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) berkata perkhidmatan BlackBerry ketika ini tidak memenuhi syarat dan kriteria ditetapkan suruhanjaya itu termasuk syarat lesen.
Apa masalah sekuriti Blackberry sehingga boleh diharamkan oleh sebuah negara? Yang menariknya ini bukan sebab kelonggaran sekuriti, tetapi masalah terlau secure. Semua mesej yang melalui bb akan dienkrip dan semua data disimpan di satu pangakalan data di Kanada. (Rujuk rajah di bawah)

Dengan kata lain, ini bagus untuk pengguna kerana semua data yang dihantar melalui blacberry tidak akan dibaca oleh orang ketiga dan ini menjamin privasi pengguna dan mengelakkan daripada data jatuh ke tangan orang yang tidak diingini. Tetapi sebaliknya untuk agensi kerajaan. Dengan sistem enkripsi yang ada pada BlackBerry, mereka tidak boleh akses data yang dihantar. Yang merisaukan agensi kerajaan adalah data-data yang boleh mengancam keselamatan negara. Sebab itulah UAE misalnya mengambil langkah mengharamkan blackberry sehingga data-data ini boleh diakses semula.





0 comments on "Kenapa BlackBerry diharamkan??"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal