Sunday, October 17, 2010

Tanda Kiamat Hampir

Posted by Aziatie at 11:17 AM



1. Penaklukan Baitulmuqaddis



Dari Auf b. Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda :

"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat". Baginda menyebutkan salah satu diantaranya iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. (Sahih Bukhari)

* dah terjadi......


2. Zina bermaharajalela


"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar ( keldai ). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." (Sahih Muslim)

*banyak terjadi sekarang.....


3. Bermaharajalela alat muzik


Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah, Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi? Baginda menjawab, "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi wanita". (Ibnu Majah)

*banyak realiti show...konsert....etc..





4. Menghias masjid & membanggakannya


" Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid." (Riwayat Nasai)


*pun dah banyak sekarang ni....


5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga yang tidak baik



" Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga".

(Riwayat Ahmad & Hakim)



*nama jiran pon kadang-kadang tak tahu...


6. Ramai orang soleh meninggal dunia




" Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." (Riwayat Ahmad & Hakim)

*tinggal berapa je ulama skrg ni..



7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat



"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka bin Luka ( orang yang bodoh & hina ). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh orang mulia."



(Riwayat Thabrani)


*kat Malaysia pun ada terjadi..


8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

" Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja". (Riwayat Ahmad)

*dah terjadi....





9. Banyaknya wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

" Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. " Di antara tanda-tanda dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

*fesyen zaman moden ni: legging, skinny, tube, g-string..mcm2 lagi...




10. Bulan sabit kelihatan besar


"Diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." (Riwayat Thabran)

*try teropong kalau nak tahu...





11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita


"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar meraka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu." (Sahih Muslim)


*gosip sana sini....




12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar


" Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." (Riwayat Ahmad)




*ni pon banyak terjadi....



13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai

" Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai".  (Sahih Muslim)


Salji di Dubai

Banjir di Mina

0 comments on "Tanda Kiamat Hampir"

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal