Sejak dua menjak ni, blog saya jarang sungguh ter update. Bukan malas, bukan tak ada mood, bukan tak ada idea, tapi saya tak berani nak menulis. Rasa banyak sangat kekurangan, so banyaklah improvement yang saya kena buat lagi. Enry minggu lepas saya ada cerita tentang bengkel penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi. Alhamdulillah, saya berkesempatan pergi bengkel tu pada Ahad lepas (10 April 2011). Walaupun bengkel tu kejap saja, tapi banyak info yang saya dapat.
Bersama mata pena melihat dunia. Apa yang saya dapat daripada bengkel ini ialah bagaimana untuk menjadi seorang penulis Islam. Penulis adalah pendakwah dan penulis juga adalah murabbi. Saya terfikir, ilmu saya ni tak banyak mana la. Macam mana nak berdakwah?- sebenarnya berdakwah tak semestinya bila cukup ilmunya atau sempurna peribadinya kerana sampai bila-bila pun kita takkan sempurna, mesti ada kekurangan pada diri kita.
Tapi setiap orang pasti punya kelebihan dan ilmu walaupun hanya sekelumit ilmu. Namun ilmu yang kita ada inilah perlu kita sampaikan kerana ilmu itu ibarat air sungai, ia perlu mengalir. Jika sungai tidak mengalir, maka keruh dan kotorlah aiir sungai itu. Begitu juga dengan ilmu. Benar, banyak yang kita boleh pelajari dari alam, sunhanallah.....
Tapi kenapa mesti menulis sebagai salah satu medium berdakwah? Ingat, ada pepatah menyatakan mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Bagi saya, tulisan dapat mempromosikan idea kepada sesiapa saja. Sesuai dengan peredaran zaman, penulisan bukan hanya di majalah, surat khabar sahaja, namun kita ada banyak peluang berdakwah melalui alam siber. Tak perlu dengan cara yang streotype, berdakwah dengan kaedah kontemporari, yang penting kita belajar dengan niat untuk menyampaikan. Dunia menyediakan jalan kepada yang mempunyai tujuan.
♥ ALLAH ! |
Sebenarnya banyak yang boleh dikongsikan tapi tak tertulis dengan perkataan. Harap Ustaz Pahrol berkesempatan datang ke UPSI pada masa akan datang juga harap lebih banyak majlis ilmu seperti ini akan diadakan.. Insya'allah, saya akan gunakan blog saya untuk menyampaikan ilmu. Perlu banyak membaca, berfikir, berzikir, sentiasa bermujahadah.... Sekian saja untuk kali ini, maafkan jika ada kesilapan. Wassalam...
* Tak dapat pergi ceramah yang disampaikan oleh Ustazah Fatimah Syarha-penulis buku "Pemilik Cintaku Selepas Allah dan Rasulullah.
* Menunggu keluaran buku terbaru Ustaz Pahrol, BEDUK DIKETUK.......
0 comments on "Nota Hati Seorang Blooger [Part 2]"
Post a Comment