Friday, May 13, 2011

Dakwah Orang Muda

Posted by Aziatie at 2:04 AM
Assalamu'alaikum wbt...
Rasanya ramai yang kenal Anwar Hadi dan Mat Luthfi kan. Kawan-kawan saya pun ramai yang minat dengan video yang mereka buat. Ok, bagi yang tak tahu, mereka ni merupakan pelajar Malaysia yang belajar di Australia. Mereka buat video dan video ni mereka mendapat banyak perhatian ramai orang terutamanya remaja.
Mat Luthfi
Kebanyakkan video mereka sangat kelakar, saya pun tergelak sebab cara penyampaian mereka sangat kreatif. Tapi ramai yang lagi suka Mat Luthfi sebab dia lagi kelakar kalau dibandingkan dengan Anwar hadi. Ye ke..? Depends la kot. Tapi bagi saya dua-dua pun kelakar. Kelakar, kelakar jugak, sebenarnya ada mesej yang mereka sampaikan. Inilah yang dinamakan 'dakwah orang muda'. Dakwah yang versatile macam ni diharap dapat menarik ramai remaja di luar sana. Cuba tengok video ni.....



Dakwah tak semestinya berkopiah berserban semua tu. Asalkan seseorang tu menyeru dan mengajak untuk melakukan sesuatu perkara baik juga merupakan satu dakwah.

* Kan bagus kalau buat video macam ni, bukan buat video miming yang entah apa-apa yang tak ada motif langsung.

2 comments on "Dakwah Orang Muda"

ChyNaluri on May 14, 2011 at 12:59 PM said... [Reply to comment]

setuju tu kak..cumanya adakah penonton hanya bersuka ria dgn apa yang ditonton atau berjaya menangkap intipati yang cuba disampaikan..=)

Anonymous on May 25, 2011 at 1:15 PM said... [Reply to comment]

@ChyNaluribetul tu dik...ramai yg tengok pon sebab suka-suka je.....

 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal