Tuesday, November 30, 2010

Semalam Adalah Sejarah

Posted by Aziatie at 6:34 PM
Sedar atau tidak, kita sebenarnya sudah berada di penghujung 2010 dan sebulan lagi kita akan menjejakkan kaki ke tahun baru. Cepatnya masa berlalu tinggalkan kita semua. Terasa baru sahaja bangun dari tidur, sekarang matahari sudah hampir terbenam. Begitulah cepatnya waktu berlalu yang datang dan pergi begitu cepat sekali. Kadang-kala bila mengimbas masa lalu, zaman kanak-kanak dan zaman sekolah, terasa seperti tak percaya bahawa kita sudah dewasa Maka, semakin singkatlah masa yang kita ada untuk hari yang mendatang. 

Imam Ali r.a. pernah bertanya kepada ratusan muridnya, "apakah yang paling jauh dari dunia ini?". Namun, tak satu pun daripada ratusan muridnya yang mampu menjawab pertanyaannya dengan tepat. Lalu Imam Ali r.a. itu pun berkata dengan bijaknya bahawa yang paling jauh dari dunia ini adalah waktu lalu (masa lalu). Mengapa? Kerana tak ada satu manusia pun yang mampu kembali kepada masa lalunya.

Masa yang lalu akan terus menjauh, sangat jauh dan tak akan pernah kembali lagi yang akan menjadi sejarah hidup kita. Dalam pantasnya masa berlalu telah mengajar kita untuk berfikir siapakah kita dan kenapa Allah swt menciptakan kita di muka bumi ini. Adakah kita seorang yang tidak menghargai waktu dan hanya membiarkan waktu itu berlalu tanpa dengan ruginya dan adakah kita telah menjalankan kewajipan kita sebagai khalifah di bumi Allah ini. Mungkin ya, mungkin tidak. Masa yang pergi membuat kita kembali mengingati kepada diri dan yang Maha Pencipta. Sedar akan kita hanyalah pengembara di bumi-Nya yang hanya singgah sebentar dan akan berlalu pergi apabila tiba masanya kelak.
orang-orang beruntung : HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM
orang-orang rugi : HARI INI SAMA SAHAJA DENGAN SEMALAM
orang-orang celaka : HARI INI LEBIH BURUK DARIPADA SEMALAM












 

Dear Aziatie Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal